Kongsi Momen Di Hospital, Komen Ibu Mentua Cetus Tanda Tanya… Watie Pregnant? – “Resultnya Update Mama Ye”

Isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah tampil mencetuskan dakwaan dalam kalangan netizen bahawa dirinya kini sedang berbadan dua selepas berkongsi momen di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Watie menerusi sebuah hantaran video di Instagram, tadi.

“Semoga yang baik-baik saja untuk family kita @shuibsepahtu,” tulisnya.

Lebih menarik lagi, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut meninggalkan komen kepada menantunya itu untuk memberitahunya ‘keputusan’ selepas pulang dari hospital.

”Nanti resultnya update mama ya Enja,” komennya.

Menyedari perkara itu, rata-rata pengikut isteri pelawak itu telah meninggalkan komen berbaur doa di ruangan tersebut.

Terdahulu, Watie memaklumkan dirinya tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya membesarkan anak tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhibur Tengok Gelagat Shuib Layan Kerenah Isteri Bergambar, Peminat Komen – “Bagus Watie Hadir Dalam Keluarga Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Kalau Saya Ada Anak Sendiri?” – Sedar Keperluan Diri Dalam Keluarga Shuib, Watie Akui Takut Nak Ada Zuriat Gara-Gara… 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi Vlog Rutin Harian Bangun Seawal Jam 5 Pagi, Ramai ‘Salute’ & Puji Watie Hanifiah Sangat Cekap Jadi Suri Rumah

 

Fatin Nurain