Kongsi Momen Sambut Birthday Yang Ke-31 Tahun, Penampilan Kekasih Sufian Suhaimi Mula Dikecam

Penyanyi Sufian Suhaimi tampil berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 tahun, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sufian menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Sufian turut menyambut ulang tahunnya bersama kekasih dan rakan rapatnya di sebuah restoran.

Selain mempamerkan keterujaannya mendapat kejutan dari rakan-rakan, penampilan kekasihnya yang hanya mengenakan ā€˜cami topā€™ bersama cardigan turut mencuri perhatian dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang kurang selesa dengan pakaian kekasihnya.

Malah, ada juga yang menyifatkan penampilan wanita itu agak daring dan terlalu seksi.

Ā 

Selain itu, perkongsian pelantun lagu Terasa Ada itu turut dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun dan doa buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tular Gelagat Peminat Teruja Bertemu Sufian Suhaimi Dengan Kekasih? ā€“ ā€œCantik Betul Orang Sebelah Dia Tuā€

Fatin Nurain