Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim, 62, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Berita duka tersebut disahkan oleh anak suadaranya, pelakon Iman Zulkarnain memaklumkan bapa saudaranya, Ridzuan ketika itu sedang menjamu sarapan di kediamannya, Bandar Tun Razak.

Jelas Iman, bapa saudaranya kemudian jatuh mengejut dari kerusi meja makan dan tidak sedarkan diri.

“Bapa saudara meninggal lebih kurang jam 11 ke 12 tengah hari tadi ketika berada di rumah. Ketika itu dia bersama anaknya sedang sarapan dan secara tiba-tiba, bapa saudara saya keras dan jatuh dari kerusi meja makan.

“Anaknya bawa terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, bekas isteri Ridzuan, iaitu pelakon berkaliber Didie Alias menerusi perkongsian di Instagram memohon doa orang ramai agar segala urusan pengebumian berjalan lancar.

“Saya nak bagi tahu sahabat dan saudara yang mengenali bekas suami saya, Muhammad Redzuan Hasim telah kembali ke rahmatullah.

“Jenazah masih berada di HKL. Selepas ini bakal dikebumikan. Siapa yang masih ada hutang dengannya, tolong maklumkan kepada saya. Assalamualaikum,” katanya dalam sebuah video.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat petang ini.

Aqilah Paharuzi