Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming, 31, mencuri perhatian selepas berkongsi pencapaiannya dalam menurunkan berat badan sepanjang tahun 2023.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar,  Khairul Amin Kamarulzaman kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan transisi berat badannya dalam ‘misi nak sihat’ sepanjang tahun ini.

“This is how I lost 20 kilogram in 2023,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Selain itu, Khairul Aming juga bersyukur impiannya untuk memiliki berat badan ideal tercapai.

“Tahun ni 20 kilogram (kg) berat badan turun selepas mulakan misi nak sihat tahun 2023.

“Alhamdulillah misi tercapai tapi perjalanan masih jauh. Doakan saya istiqamah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aming juga mengucapkan terima kasih kepada jurulatih peribadinya kerana berjaya membimbingnya dari awal ‘Misi Nak Kurus’.

“Thanks to my personal trainer @muscletunerkl sebab guide me dari awal. Now kita orang dah jadi satu geng workout sama-sama setiap hari. Kalau kau orang nak cari personal trainer, go with him. Seriously puas hati,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan respons positif terhadap transisi pemenang People’s Choice: Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023 ini.

“Respect betul. Post video masak masak tapi boleh kurus. So inspiring! Tahun depan abe wee cuba kuruskan badan pula. Wish me luck!

“Habis la lepas ni gym mesti full sebab Khairul Aming.

“Congrats! Memang sukar untuk memotivasikan diri kita untuk kekal cergas. Saya sendiri bergelut untuk pergi ke gym.

“Hebat Aming. Respect betul dengan orang yang bersungguh-sungguh nak kurus ni.

“Habislah gym mesti full lepas ni sebab Khairul Aming,” komen netizen.

Salma Syahbuddin