Kongsi Video Mesra, Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’… Netizen Komen – “Mohon Hormati Golongan Single!”

Pasangan pelakon popular, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas berkongsi video pendek di TikTok miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Aedy dan Amelia kelihatan memakai pakaian sedondon sambil merakamkan aksi mereka menari sebelum diganggu oleh peminat aktres itu.

“Susah lah lepak dengan budak femous ni,”katanya.

Tidak mahu peminat menunggu lama, Aedy kemudian memaklumkan kepada individu terbabit bahawa mereka mahu merakamkan video di TikTok terlebih dahulu sebelum melepaskan kekasihnya untuk mengambil gambar.

“Bang, saya tengah berTikTok ni bang, abang kacau lah… takde lah gurau je,” jelasnya.

Bagaimanapun, tindakan spontan Amelia memanggil Aedy dengan panggilan sayang mencuri perhatian peminat.

Malah, perkongsian video berdurasi 29 saat itu juga  telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan balas berkenaan.

“Dia panggil Aedy sayang lah.

“Walaupun suara tu kecik je tapi dengar ye dia panggil sayang.

“Wow, ingat tak dengar panggil sayang? Macam tengah tengok k-drama.

“Lima kali pekap kat telinga kita ni asyik  ulang nak dengar Amelia panggil  sayang tu sampai pinjam earphone suami punay gigih.

“Mohon hormati golongan single,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka.

 

Salma Syahbuddin