Categories: HiburanSelebriti

Kongsi Video Promo Bersama Mimi Lana, Ruangan Komen Syafiq Kyle Dihujani Tanda Tanya

Selepas sekian lama mendiamkan diri, pelakon Syafiq Kyle tampil memuat naik sebuah video promo bagi sebuah jenama coklat bersama tunangnya, pelakon Mimi Lana.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Syafiq menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Terdahulu, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan sebuah pengumuman yang menyatakan pasangan itu telah membatalkan majlis pernikahan mereka yang dijangka berlangsung pada minggu ini.

Namun, punca pembatalan majlis tersebut masih lagi menjadi teka-teki dalam kalangan warganet sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai persoalan dalam kalangan peminatnya yang ingin tahu sebab majlis mereka dibatalkan.

Malah, ada juga yang mendoakan agar hubungan Syafiq dan Mimi masih dalam keadaan yang baik dan dilindungi.

 

 

Fatin Nurain