Masih Berahsia, Neelofa Tampil Perjelas Wajah Bayi Di Cermin Bukan Abdullah Abbas

Selebriti dan usahawan, Neelofa tampil menjelaskan bahawa bayi yang dimuat naik di hantaran Instagram miliknya itu bukan anak keduanya, Abdullah Abbas.

Disebabkan ramai yang menyangka bayi tersebut ialah Abbas, Neelofa terpaksa memberi kenyataan bagi mengelakkan salah faham.

“Ni bukan baby Abbas. Jangan salah faham guys,” ujarnya ringkas di Instagram Story.

Di dalam video tersebut, wajah bayi tersebut hanya dapat dilihat melalui pantulan cermin sahaja tanpa sebarang kapsyen.

Malah, video tersebut kemudiannya disusuli dengan video suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang menjaga Abbas dan berkongsi tentang ragam anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Beri ‘Teaser’ Wajah Abdullah Abbas

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Maya Basir