Konon Rehearsal Untuk Konsert, Gelagat Azfar Heri Karaoke Buat Netizen Berdekah – “Menangis Christina Aguilera”

Pempengaruh Azfar Heri buat netizen berdekah selepas melihat gelagatnya yang sedang menghayati lagu Hurt nyanyian Christina Aguilera.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azfar telah memuat naik videonya yang sedang menghayati lagu tersebut sambil meniarap di atas sofa pusat karaoke yang dikunjunginya.

“Rehearsal untuk concert next year. Camera work by : @flackitsman,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut sekali gus membuat pengikutnya terhibur dengan aksi yang ditonjolkan oleh pempengaruh itu.

Fatin Nurain