Isu Berpakaian Seksi, Dolla Kunci Mulut – “Tugas Kami Hanya Buat Persembahan & Menyanyi Sahaja”

Kumpulan Dolla yang sebelum ini dikecam hebat gara-gara berpenampilan seksi ketika membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.

Menurut ahli kumpulannya, Sabronzo memberitahu syarikat pengurusan mereka, Universal Music sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu sensitif tersebut dalam masa terdekat.

“Saya tidak boleh berikan sebarang respons setakat ini. Pihak pengurusan tidak akan membenarkan kami memberi komen tentang isu tersebut sebab mereka yang akan beri kenyataan.

“Saya perlu hormat keputusan pihak pengurusan. Kami hanya artis dan pihak pengurusan yang membuat semua keputusan.

“Jadi, tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi itu saja,” katanya.

Minggu lalu, kumpulan yang disertai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya itu dikritik hebat apabila tampil berani dengan fesyen yang mencolok mata.

Dolla juga sering menjadi bualan apabila sering tampil dengan imej seksi setiap kali muncul mengadakan persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penampilan Seksi Dolla Dikecam Netizen – “Lepas Pulak Pakai Macam Ni”

Sumber: Kosmo

Khairil Khusyairi