Konsert Di Kedah Diarah Henti Serta Merta Pada Malam Nisfu Syaaban, Achey Luah Rasa Terkilan? – “Kita Cari Makan Bukan Buat Jenayah”

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba diminta untuk menghentikan penganjuran konsert serta merta. Demikian suasana yang berlaku di penganjuran Choii Underground Music Tour Kedah 2.0, baru-baru ini

Penganjuran konsert tersebut dikatakan mencetuskan kontroversi kerana membabitkan kelakuan terkinja-kinja anak muda dan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Terbaharu, selebriti Achey turut membuat perkongsian di Instagaram (IG) mengenai isu tersebut.

Kongsi Achey, dia seolah-olah meluahkan rasa kecewa apabila penganjuran konsert di Taman Jubli Emas Alor Setar tersebut dihentikan serta merta.

“Kita cari makan bukan buat jenayah.

“Malaysia… jatuh sekali bangun 7 kali,” tulis Achey ringkas.

Difahamkan, Achey turut berada di Kedah bagi penganjuran acara tersebut ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0, Faris Azri memohon maaf kepada kerajaan negeri susulan penganjuran konsert tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Faris mengakui silap apabila terlepas pandang mengenai konsert yang diadakan pada malam Nisfu Syaaban.

Jelas Faris lagi, dia menjelaskan perbuatan penonton yang melompat dan terkinja-kinja ketika konsert berlaku pada hari Jumaat dan bukannya pada malam Nisfu Syaaban.

Khairil Khusyairi