“Sebenarnya Ada Lubang Besar…” – Alami Masalah Ulu Hati, Jasmin Hamid Jalani Pembedahan Bariatrik

Pelakon Jasmin Hamid selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah hospital, baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di Instagram, Jasmin membuat keputusan untuk menjalani pembedahan itu kerana mengalami masalah ulu hati.

“Selama ini saya dengar cerita orang saja. Itulah inilah, tapi bila sudah buat sendiri baru tahu apa sebenarnya masalah yang ada dalam perut kita.

“Sebenarnya ada lubang besar dekat ulu hati saya. Patutlah selama ini kadang-kadang saya rasa senak perut, ingatkan angin tapi rupanya perut sudah masuk ke ulu hati.

“Doktor sudah selesaikan masalah saya itu, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, dia bersyukur prosedur pembedahan oleh Dr Mustafamt yang terkenal di kalangan selebriti itu berjalan dengan lancar.

“Saya yakin melakukannya kerana saranan rakan terdekat yang ada pengalaman.

“Terima kasih kepada sahabat baik saya, Zarina Zainuddin yang memperkenalkan saya dengan doktor itu. Juga kepada suami dan keluarga yang sentiasa bersama saya,” ujarnya.

Sekadar info, pembedahan bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik kini semakin menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Maya Basir