Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Selepas dikecam kerana memakai baju terlalu seksi ketika percutiannya, kali ini Reen Rahim dikaitkan pula dengan hubungan sejenis. Dan, bagi menjelaskan segala tuduhan tersebut, Reen mengakui dirinya itu sedang hangat bercinta bersama seorang jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. AR. 

Tambahnya lagi, hubungannya bersama jejaka tersebut sudah berusia lebih setahun dan turut diterima baik oleh keluarga masing-masing.

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang individu bernama Mr. AR” Katanya

Reen Rahim yang terkenal menerusi drama yang disiarkan di TV3 , Sayangku Kapten Mukhriz ini juga turut memberitahuhubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. 

Kami dalam proses mengenali hati budi antara satu sama lain, telah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan setakat ini, kami masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat memandangkan usia perkenalan kami baru menginjak setahun.” Jelasnya

So, buat netizen diluar sana jangan suka buat tuduhan melulu tanpa usul periksa ye. Elok je orang tu tengah bahagia tau!

Salma Syahbuddin