Kritik Kualiti Filem, Nadhir Nasar Dakwa Filem Ketinggalan? – “Poster Pun Macam Budak Intern Yang Buat”

Pelakon Nadhir Nasar tampil memberikan komen terhadap sebuah filem yang baru sahaja selesai ditayangkan.

Mendakwa naskhah terbabit ketinggalan zaman, filem itu dikatakan mendapat dana besar namun meraih kutipan rendah.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, bekas pemenang Hero Remaja ini mendakwa tidak sesuai untuk menggunakan alasan sasaran penonton di kawasan pedalaman kerana mereka juga sudah pandai menonton filem di platform penstriman terkenal.

“Apabila ditanya, katanya acah nak bikin filem untuk makcik dan pakcik di Hulu. Diorang pun dah layan Netflix. Kau yang ketinggalan,” katanya.

Nadhir juga kesal dana yang diberikan tidak setanding dengan hasil kualiti filem serta pemasarannya.

“Dana yang banyak, tetapi poster pun macam budak intern yang buat. Tak tahu nak rasa marah ke apa.

“Terlalu awal untuk dibahaskan, kau masih mentah.

“Bukan kami mentah, kau je yang dah expired,” ujarnya.

Sekadar info, naskhah yang dimaksudkan adalah filem Vik2ria Secret yang menerima dana sebanyak RM550,000 untuk pembikinan filem tersebut namun kutipan yang diterima hanyalah lebih kurang RM5,000 iaitu cuma 346 orang penonton.

Maya Basir