Pakaikan Ustaz Abdul Somad Tanjak & Keris, Adi Putra Curi Perhatian, Netizen Komen : “Bertuahnya! Ini Satu Penghormatan”

Pelakon popular, Datuk Adi Putra mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila hadir pada Majlis KL Munajat yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adi Putra kelihatan memakaikan tanjak dan menyarungkan keris pada pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad (UAS) saat ketibaannya pada Majlis KL Munajat yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Allahummasolli ala saiyidina Muhammad, Wa’ala ali saiyidina Muhammad,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

@adpadiputra ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #taatpadayangsatu #ustadabdulsomad ♬ Sholawat Tersedih – Ai khodijah

 

Teruja melihat hantaran video berdurasi 9 saat itu, rata-rata warganet meninggalkan respons positif sekaligus menyifatkan teraju utama filem Mat Kilau itu sangat bertuah kerana diberi penghormatan untuk memakaikan tanjak di atas kepala figura tersebut.

“Masya-Allah terbaiklah idolaku, Datuk  Adi Putra.

“Bertuah betul dapat pakaikan UAS tanjak atas kepala. Alhamdulillah.

“Nangis tengok video ni. Moga Allah panjangkan usia UAS.

“Alhamdulillah, dapat penghormatan macam ni.

“Alhamdulillah dapat memakaikan tanjak pada seorang ulama, itu satu kehormatan,”komen netizen.

 

Sekadar info, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir hadir bagi menyampaikan selawat dan ceramah berjudul ‘Iman’.Pelakon popular, Datuk Adi Putra mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila hadir pada Majlis KL Munajat yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adi Putra kelihatan memakaikan tanjak dan menyarungkan keris pada pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad (UAS) saat ketibaannya pada Majlis KL Munajat yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Allahummasolli ala saiyidina Muhammad, Wa’ala ali saiyidina Muhammad,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Teruja melihat hantaran video berdurasi 9 saat itu, rata-rata warganet meninggalkan respons positif sekaligus menyifatkan teraju utama filem Mat Kilau itu sangat bertuah kerana diberi penghormatan untuk memakaikan tanjak di atas kepala figura tersebut.

“Masya-Allah terbaiklah idolaku, Datuk  Adi Putra.

“Bertuah betul dapat pakaikan UAS tanjak atas kepala. Alhamdulillah.

“Nangis tengok video ni. Moga Allah panjangkan usia UAS.

“Alhamdulillah, dapat penghormatan macam ni.

“Alhamdulillah dapat memakaikan tanjak pada seorang ulama, itu satu kehormatan,”komen netizen.

 

Sekadar info, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir hadir bagi menyampaikan selawat dan ceramah berjudul ‘Iman’.

Salma Syahbuddin