Kumpulan indie popular, Fourtwnty mengaku memasang niat untuk berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Yuna.

Menurut Ari Lesmana, dia berasa senang sekiranya diberikan peluang untuk berduet dengan penyanyi itu memandangkan muzik yang dibawa Yuna sangat dekat dihatinya.

“Aku senang dengan muziknya dan kami pernah diwawancara bersama.

“Bagi saya dia memang bagus, muziknya bagus,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak tawaran jika diberikan peluang untuk berduet bersama Noh Hujan, Amy Search dan Kumpulan Masdo.

“Selain itu, banyak juga penyanyi lain yang bisa berduet bersama, Noh Hujan, Amy Search dan Masdo juga bisa,” jelasnya.

Ketika ditemui XTRA, Ari turut berkongsi beberapa perkara yang wajib dilakukan setiap kali berkunjung ke Malaysia selain menikmati makanan seperti nasi kandar dan ‘thrifting’.

“Sememangnya kami menganggap Malaysia ini sebagai rumah kedua kami.

“Dan perkara yang paling kami suka adalah,  thrifting, kasut dan rileks selain makanannya,” ujarnya.

Sekadar info, Kumpulan Fourtwnty bakal membawakan lagu yang jarang dibawakan pada konsert sebelum ini  menerusi Nalar Tour Album yang akan diadakan  pada 22 October ini di Zepp, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

ARTIKEL BERKAITAN:Perkenal Album Ketiga, Fourtwnty ‘Nalar’ Tour Bakal Ubati Kerinduan Peminat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya Fourtwnty Hampir Bubar, Terharu Disambut Hangat 5,000 Peminat Di Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN:12 Tahun Dalam Industri, Fourtwnty Miliki ‘Eksklusiviti’ Tersendiri

 

Salma Syahbuddin