Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Penyanyi, Datuk M. Nasir menegaskan dia tidak mempunyai masalah jika ada yang menggubah lirik lagu ciptaannya ‘Nur Nilam Sari’ sehingga tular di platform TikTok.

Menurut pemilik nama Mohamad Nasir Mohamed, dia tidak mampu menghalang nyanyian tersebut yang diciptakan khusus untuk anaknya itu kerana ia sudah menjadi hak milik awam.

Bahkan, dia menganggap pada masa kini platform sosial media seperti TikTok amat efektif terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Pada saya TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya pada era ini.

“Tak tahu bila akan basi. Tidak ada negatif atau positif kerana ia popular sekarang ini. Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap,” katanya.

Memetik laporan Ohbulan! Komposer tersohor itu enggan memberikan komen lanjut mengenai lagu ciptaannya yang ditukar kepada Pinjam Seratus Nur Nilam Sari.

“Tapi kena pandai-pandailah buat pertimbangan. Memang aplikasi ini ada positif dan negatifnya.

“TikTok merupakan medium paling berkuasa sekarang tetapi kita sendiri tidak tahu sampai bila ia akan basi,” jelasnya.

 

Sumber: Ohbulan!

Salma Syahbuddin