Categories: Hiburan

Kunto Aji Berjaya Rawat Rindu 2,0000 Peminat Di Kuala Lumpur

Kehadiran penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa berasal dari Yogyakarta, Indonesia, Kunto Aji sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat di Malaysia.

Konsert Nusafest Kunto Aji yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu ternyata berjaya ‘menyihir’ 2,000 pengunjung yang menghadiri konsert penutup persembahan albumnya berjudul Mantra Mantra.

“Bulan ini adalah album penutup untuk konsert Mantra Mantra. Saya bakal tampil dengan album baharu yang sudah lengkap dan akan dilancarkan pada September.”

“Album baharu itu nanti akan menjadi rangkuman perasaan saya melalui lima tahun seperti melalui pandemik dan kehilangan bapa.”

“Saya cuba meletakkan perasaan paling besar yang saya rasakan selama lima tahun itu iaitu tentang kedewasaan dan tumbuh. Saya membayangkan kepala saya seperti ranting yang tumbuh mencari cahaya,” katanya.

Konsert yang dianjurkan buat kali kedua oleh Shiraz Projects di bawah payung “Nusafest Presents”, nyata mengubat rindu para peminat di Malaysia khasnya pendengar setia bait-bait lagu ‘healing’ penyanyi yang lebih mesra disapa Maskun ini.

Tampil mempesonakan dengan alunan 18 lagu hitnya seperti Sulung, Saudade, Mencusuar, Terlalu lama Sendiri, Topik Semalam, Rehat, Ekspektasi, Selaras Rehat dan banyak lagi, Kunto Aji sememangnya berada dalam kelasnya tersendiri.

Sekadar info, Kunto Aji bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, penulis lagu malah, sebagai pelakon juga.

Kunto Aji juga mula menceburkan diri dalam bidang muzik adalah melalui penyertaan rancangan uji bakat Indonesian Idol musim ke-5 pada tahun 2008

Afiq Kandi