Categories: HiburanSelebriti

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Tak salah rasanya kalau kami label pasangan ini antara pasangan suami isteri paling berpengaruh di Malaysia. Apa sahaja yang dibuat oleh mereka, pasti menjadi bualan hangat!

Yang pasti, kemesraan Fattah Amin dan Nur Fazura ini bukan dibuat-buat tau. Kemesraan yang dipamerkan di laman sosial mereka memang real beb!

Kredit gambar: Instagram Fattah Amin

Tetapi memang dah jadi lumrah manusia, setiap apa yang dilakukan oleh selebriti, bukan semua yang suka. Pasti ada yang tak kena. Hal ini turut dialami oleh Fattah dan Fazura juga.

Nampaknya ada segelintir netizen yang mengecam tindakan Fattah dan isterinya apabila memuat naik gambar yang menampakkan kemesraan mereka.

Memetik laporan di BH Online, Fattah agak terkilan dengan komen negatif yang ditinggalkan di ruang komen setiap kali pasangan ini memuat naik gambar berdua.

“ Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih melihat gambar atau video kami.

“ Kalau tak suka, kenapa perlu membazirkan masa untuk tengok?

“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik. Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” katanya.

Dalam masa sama Fattah yang baru mengusahakan produk makanan gantian, MRP Diet By Fattah Amin turut menepis dakwaan kariernya dilihat agak ‘suram’ selepas berkahwin.


“ Rezeki adalah ketentuan Allah. Ia terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia diberi dalam cabang berbeza,” katanya yang mengajak peminat mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan produk makanannya.

 

SGMS Faida