Categories: TECHTech News

Tips Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda? Tips kali ini kami kongsikan salah satu fungsi yang sangat berguna terdapat pada pelayar Google Chrome

Anda tidak perlu melakukan sebarang muat turun atau pemasangan aplikasi tambahan. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

Pertama sekali klik pada ikon 3 titik di bahagian atas sebelah kanan pelayar dan pilih menu Setting

 

Seterusnya klik pada menu Advanced

 

Kemudian skroll kebawah dan pilih menu Clean Up Computer

 

Klik pada menu Find

 

Sedikit masa akan diambil untuk proses pengesanan.

 

Sekiranya terdapat sebarang malware ianya akan dipaparkan dibahagian berikut dan anda akan diberi pilihan untuk menghapuskannya.

Selamat mencuba!

SGMS Putri