Categories: HiburanSelebriti

Kylie Cosmetics Kini Dijual Dalam Vending Machine?

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti Hollywood yang juga seorang usahawan berjaya iaitu Kylie Jenner. Usahawan muda ini sering menarik perhatian netizen dengan gayanya yang sentiasa up to date dan pose seksinya menerusi laman sosial beliau.  

Baru-baru ini usahawan yang berusia 22 tahun itu tampil dengan idea unik dan menarik apabila telah menjual produk kosmetiknya di dalam vending machine. Wow, menarik kan? 

Adik bongsu dalam keluarga Kardashians ini berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya buat tatapan peminat Kylie Cosmetics. 

Antara produk yang dijual melalui mesin itu ialah lip kits, pembayang mata serta koleksi kosmetik lain seperti Burgundy Extended Palette dan Bronze Extended Eye Shadow Palette dan You’re So Money Baby Pressed Powder Palette di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren, Las Vegas, Amerika Syarikat.

 

“Benda ni buat saya rasa happy sangat. Saya baru saja keluarkan vending machine @kyliecosmetics buat pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren di Las Vegas,” tulisnya di Instagram.

 

Kylie juga turut berkolaborasi dengan rakan niaga yang juga merupakan kakaknya, Khloe Kardashian dalam menghasilkan produk kosmetik. 

Menurut laporan Forbes, selain Mark Zuckerberg yang merupakan  jutawan pada usia 23 tahun, Kylie juga telah tersenarai sebagai jutawan pada usia 21 tahun.

Syafiqa Irdina