Label Isteri Kekasih Awal & Akhir, Netizen Tuduh Tak Jaga Hati Shakilla Khoriri… Ini Penjelasan Fizi Ali

Penyampai radio Fizi Ali dituduh tidak menjaga hati pelakon dan bekas isteri, Shakilla Khoriri gara-gara memuat naik foto bersama isteri dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, netizen beranggapan tindakan Fizi itu seperti menidakkan kewujudan bekas isterinya itu.

Malah, ramai yang berasa kasihan dengan Shakilla yang tidak diiktiraf sebagai ‘kekasih awal’ memandang mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama.

“Bukan ke ni (isteri) yang kedua? Kesian ibu Ameena (Shakilla) tak diakui kekasih pertama. Semua lelaki sama je kan sebab tu boleh ada yang kedua kalau yang pertama tidak dihargai.

“Kalau kekasih akhir tu mungkin lah betul kot tapi kalau kekasih awal tu tak berapa kena la,” komen netizen.

Tidak berdiam diri, Fizi tampil menjelaskan bahawa kapsyen yang ditulis adalah berdasarkan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada malam Ahad lalu.

“Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli.. Itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.

“Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni,” jelasnya.

Untuk rekod, Fizi pernah berkahwin dengan Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofea, 4, namun bercerai pada Disember 2021.

Fizi kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Maya Basir