Tampil Pertahankan Isteri Kedua, Alif Teega Perjelas Fatin Umaidah Tak Ada Akaun Media Sosial

Isu rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan pempemgaruh Aisyah Hijanah sehingga kini masih menjadi buah mulut ramai di platform media sosial.

Alif telah mengakui berkahwin dua bersama pekernya bernama Fatin Umaidah Ramli dikatakan pada 21 November lalu beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan bersama Aisyah.

Susulan itu, ramai pihak yang tidak bertanggungjawab membuat akaun-akaun palsu Fatin Umaidah sehingga menggunakan foto pernikahan individu lain.

Artikel Berkaitan: Rupanya Akaun Palsu! Curi & Guna Gambar Orang Secara Rawak, Individu Dedah Ada Yang Buat ‘Fake Account’ Fatin Umaidah

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Alif seakan meleraikan segala spekulasi berhubung akaun palsu di bawah nama isteri keduanya itu dengan mengatakan Fatin tidak mempunyai akaun media sosial.

“Fatin tak ada akaun media sosial,” tulisnya ringkas.

Namun begitu, berdasarkan maklum balas komen tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang sehingga mendakwa Alif mempertahankan Fatin.

Sebelum ini, tular sebuah foto di media sosial memaparkan perincian pernikahan Alif bersama isteri keduanya, Fatin yang dikatakan berlangsung di Songklah, Thailand.

Susulan itu, adik Aisyah iaitu menggelarkan Alif neorang lelaki dayus atas dakwaan memukul kakaknya itu sehingga cuba untuk mengahapuskan bukta di dashcam.

Terdahulu, Alif atau nama lengkapnya Mohd Hazalif Mohd Hazani tampil meleraikan segala spekulasi dengan mengakui telah berkahwin dua demi mengelak sebarang fitnah berterusan terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Terdahulu, Aisyah pula seakan reda atas nasib menimpanya itu serta mendoakan kebahagiaan suaminya bersama madu, Fatin Umaidah dan berharap ramai pihak tidak terus bercakap buruk mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: “Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Bawa Bini Penyondol Bersihkan Nama Kau!” – Adik Aisyah Hijanah ‘Spill The Tea’… Minta Alif Teega Tak Control Isteri

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Aqilah Paharuzi