#LaguXTRA: Boleh ‘Relate’ Dengan Kehidupan, Lagu Kegemaran Shasha Abedul Sangat Dekat Dihatinya

Minggu ini, pelakon Shasha Abedul berkongsi lagu kegemarannya buat masa ini bersama pembaca Xtra.

Disebabkan filem Imaginur yang baru ditonton baru-baru ini, Shasha menyukai lagu daripada OST filem itu yang berjudul Hasrat oleh Amir Jahari.

Menurutnya, lagu tersebut sedikit sebanyak berkait dengan kehidupannya dan membuatkan ia lebih dekat dihatinya.

“Sebab saya baru lepas tengok Imaginur, so lagu favorite saya buat masa sekarang ialah Hasrat by Amir Jahari yang mana lagu tu dekat dihati dan saya boleh relate dengan hidup saya sedikit sebanyak,” ujarnya.

Disoal mengenai pendapatnya tentang lagu baru dan lagu lama, dia suka kedua-duanya kerana penyampaian sesebuah lagu yang berbeza tersebut.

“Saya suka a little bit of both sebab lagu lama dengan lagu baru, dia punya rasa dan ‘texture’ berbeza. Kalau orang yang buat lagu yang lama-lama, bila dengar sekali rasa nostalgic.

“Bila dengar lagu baru, macam rasa ada soul, catchy untuk dengar tapi saya suka kedua-duanya sebab masing-masing ada vibes tersendiri,” jelasnya.

Perkembangan terkini, Shasha sedang menjalani ibadah puasa dan umrah sepanjang bulan Ramadan di kota suci Makkah bersama ibu saudaranya.

Maya Basir