Categories: HiburanSelebriti

Lakonan Dalia Farhana & Fimie Don Raih Pujian, Lakon Babak Suami Pukul Isteri Gara-Gara…

Penyanyi Dalia Farhana tampil berkongsi bakat lakonannya bersama aktor Fimie Don sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Dalia menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Dalia dan Fimie telah melakonkan babak seorang suami telah memukul isterinya kerana kegiatan curangnya sudah terbongkar.

“Ada ke curang yang tak sengaja?,” tulisnya.

@daliafarhanaada ke curang yang tak sengaja?

♬ Rumah – Dalia Farhana

Terkesan dengan lakonan mereka berdua, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang berbaur pujian di ruangan komen.

Fatin Nurain