Setia Beri Semangat, Dini Schatzmann Dah Lali Lihat Emosi Janna Nick Berubah Akibat Diserang Bipolar

Pelakon, Dini Schatzmann tidak menafikan sudah lali melihat perubahan emosi isterinya, Janna Nick apabila diserang penyakit bipolar.

Menceritakan semula ketika Janna menangis membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Dini berkata ketika kejadian itu berlaku dia berada di sisinya untuk memberi sokongan mental dan semangat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Otak Sangat Bising, Kritikal Sampai Ajar Cara Bunuh Orang…” – Janna Nick Tertekan, Diserang Penyakit Bipolar Paling Teruk!

“Ketika itu Janna sibuk dengan penggambaran dari jam 8 malam hingga 6 pagi, mungkin terlalu sibuk dan tak cukup berehat, terpaksa ulang alik ke lokasi yang agak jauh memberi kesan pada emosinya.

“Saya ada dalam kereta dengan dia. Dia ada beritahu saya beberapa hari sebelum kejadian yang bakal melalui fasa kemurungan dan perasaan sangat ‘down’.

“Sebagai suami cara saya untuk tangani masalah tu dengan menyuntik semangat dan menjadi bahu untuk Janna walau apa jua keadaannya.

“Kalau dia risau, saya akan tenangkan dia dan sentiasa ingatkan bahawa dia tak ada apa-apa masalah dan sebenarnya okay.

“Saya dah biasa tengok dia lalui rasa turun naik itu.” katanya ketika ditemui di  sidang media filem Malbatt Misi Bakar baru-baru ini.

Sebelum ini, Dini berkata mereka akan berpindah ke rumah baharu pada penghujung bulan ini.

Artikel Berkaitan: Serah Soal Anak Pada Rezeki… Dini, Janna Bakal  Pindah Ke Rumah Baru

Artikel Berkaitan: Janna Nick Alami Keradangan Kronik, Kini Dalam Fasa Pemulihan

Sekadar info, Dini dan Janna berkahwin pada 10 Jun lalu secara tertutup di Masjid A’shah Sungai Menghulu, Langkawi.

Aqilah Paharuzi