Hiburan By: Fatin Nurain April 7, 2023 @ 4:52pm

Lakonan Haeriyanto Hassan Dalam Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dipuji – “Unsung Hero”

Pelakon Haeriyanto Hassan tampil meraih pujian dalam kalangan warganet selepas melihat watak yang dijayakan menerusi drama Jaga Aku Selamanya di TV3, baru-baru ini.

Terdahulu, drama rantaian Jaga Aku Selamanya yang bersiaran menerusi Slot Lestary itu telah meraih maklum balas yang positif dalam kalangan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Tak Boleh Move On, Netizen Setuju Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Wajar Dijadikan Naskhah Contoh! – “Best Kalau Ramai Buat Cerita Macam Ni, Bukan Pasal Curang Atau Partner Abusive”

Haeriyanto yang menjayakan watak sebagai pengawal keselamat yang bernama Pak Ehsan turut membuat ramai tersentuh dengan cara lakonannya.

Dalam drama tersebut, Pak Ehsan memainkan peranan sebagai penjaga atau pelindung kepada lima beradik yang terpaksa mengharungi cabaran hidup diusia yang terlalu muda.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, cara lakonan pelakon itu menerusi drama tersebut turut meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan penonton sehingga ada yang menitiskan menitiskan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Syabas untuk barisan pelakon #JagaAkuSelamanya! 👏🏼 Mata min masih bengkak lagi hari ni tengok episode semalam 😢

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang penonton meluahkan rasa kagumnya dengan pelakon itu biarpun dia hanya memegang watak sebagai pengawal keselamatan.

“Hero doesn’t always appear with a cape, some of them wear a security uniform,” tulis pemilik akaun itu.

@carameloreochip Replying to @Dairylicious Almond89 Hero doesn’t always appear with a cape, some of them wear security uniform👮‍♀️. Selain Azhar, Pak Ehsan la watak yang menghidupkan drama ni. Hadirnya umpama guardian angel untuk budak² tu memberikan sayap pelindung buat sementara. Bukti pertalian darah bukanlah pengukur kasih sayang seseorang. Kadang org luar lagi sayang kita dari family kita sendiri🥺 #jagaakuselamanya #pakehsan #haeriyantohassan #guardianangel #dramatv3 #unsunghero ♬ La Lecon Particuliere – Bof La Lecon Particuliere – Francis Lai & Christian Gaubert

Setuju dengan pendapat individu itu, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons positif dalam kalangan netizen di ruangan komen.

Selain Haeriyanto, drama arahan Wan Alauddin Wan Zainuddin bersama Rashidi Ishak ini telah dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Johan As’ari, Baqui Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq, Putri Iesya, Hafiz Halim dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Di Sebalik Watak: Baqir Jamalullail Sebagai Azhar dalam ‘Jaga Aku Selamanya’

ARTIKEL BERKAITAN:Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dikatakan Tak Logik, Nadiya Nisaa Dedah Buat Rujukan Sebelum Berlakon – “Ini Antara Cabaran Besar…”

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Tunjuk Teaser Dah Sedih, Penonton Tak Sabar Nak Tengok Pengakhiran Drama Jaga Aku Selamanya! – “Harap Tak Menangislah Malam Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Siapa Mr N Di Hati Kaka?

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Kaka selepas putus dengan Rody suatu ketika dulu. Baru-baru ini, Kaka membuka mulut mengenai hubungan baru dengan seorang jejaka baru dalam hidupnya. Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi […]

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Enggan Terjerat Cinta Lokasi, Sharifah Rose Utamakan Kerjaya

Oh Rose cari yang tak suka marah-marah tau!

Trending Sun, 11 Jul 2021

Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi. Khabar duka pemergian anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini tular dalam kalangan rakan […]

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Hiburan Fri, 15 Dec 2023