Lali Dihina ‘Hit*m’, Haneesya Hanee Pertahankan Golongan ‘Tanned Skin’ – “Kulit Kita Ni International!”

“Kulit kita ni international,” tegas pelakon dan model Haneesya Hanee yang terpanggil untuk mempertahankan golongan yang berkulit gelap atau ‘tanned skin’.

Menurut Hanee, video yang dikongsikan oleh rata-rata pengikutnya itu adalah content semata-mata.

Namun, dia mengakui secara realitinya memang perit untuk berdepan dengan hinaan sesetengah masyarakat yang skeptikal dengan orang yang berkulit gelap.

“Bagi saya ini adalah content semata-mata. Tetapi content yang di cuba buat ni adalah sesuatu yang bagus sebab itu realiti. Golongan kulit gelap ni memang banyak kena kutuk, sindir, hina, caci macam ni.

“Tapi, cara dia buat content tu macam tak kena. Kalau nak buat content macam tu awak kena bagi yang real. The reality is orang akan cakap hitam, kulit macam arang, macam kicap mungkin ada lagi teruk.

“Saya pun tak tahulah kenapa masyarakat kita kalau hitam tu mungkin kotor, geli, jijik, jahat sebab dalam TV pun yang watak-watak jahat ni semua kulit-kulit gelap. Aku pun tak faham. Saya pun selalu dapat watak-watak jahat je.

“Tapi, andai kata itu betul, tolonglah ambil itu sebagai gurauan sebab ‘tanned skin’ ni bukan satu penghinaan,” katanya.

Enggan golongan berkulit gelap terus tertekan setiap kali dihina, Hanee meyakinkan bahawa mereka tetap cantik dan sempurna.

“So, to my girlies and boys that are tanned skin or dark skin, you are beautiful just who you are. Don’t care about what people say about you cause people can be mean sometimes.

“But, doesn’t mean that you have to take them seriously. Just take it as a joke supaya tak stress,” jelasnya.

Fatin Nurain