Jalani Pembedahan, Gelagat Harris Annuar Bikin Berdekah -“Medina Dah Form 1, Siapa Ambik Report Card Dia?”

Pelakon Harris Annuar selamat menjalani pembedahan Anterior Crucial Ligament (ACL) pada bahagian kaki kanannya baru-baru ini.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, gelagat Harris ketika masih berada dalam keadaan separa sedar dan bertanyakan tentang anak mereka, Aura Medina.

Lebih melucukan, Harris juga menyangka Medina kini sudah memasuki tingkatan satu dan sempat bertanyakan siapakah yang hadir untuk mengambil kad laporannya selain dia juga tidak mengenali isterinya, Asha Merican.

“Medina mana? Bila dia Tingkatan 1? Lama sangat pembedahan. Kad laporan tiada siapa ambil.

“Pembedahan lama sangat sampai 10 tahun. Siapa pula ni (Asha Merican)?” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-raya warganet terhibur melihat gelagat Harris, malah ramai yang meminta untuk melihat bahagian kedua video berkenaan.

“Aku nak tahu apa jadi lepas kau cakap ‘siapa pula ni?’. Part 2 please.

“Tolong lah nak part 2.

“Lawak lah! Anak ingat, bini pula tak ingat.

“Selalu dia kenakan orang, sekarang dia yang kena,” komen netizen.

Salma Syahbuddin