“Ya, Saya Dah Berkahwin Pada November Lalu” – Nikahi Fara Salleh, Shuk Sahar Serik Kongsi Kisah Peribadi

Pelawak, Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Fara Salleh pada November lalu.

Jelas Shuk, dia memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut secara terbuka pada khalayak umum, cukup diketahui oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

“Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

“Tapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini.

“Bukanlah nak berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga dan rakan-rakan rapat pun tahu.

“Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini lebih terbuka,” katanya.

Sementara itu, Shuk berkata perkara lalu banyak memberi pengajaran kepadanya untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah peribadi di media sosial.

“Masa dapat panggilan dari sebuah media Malaysia, saya jawab ‘Maaf saya dah tidak mahu kongsi kisah peribadi atas apa yang pernah saya lalui’.

“Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara itu backfire saya balik.

“Kadang kadang orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan di media sosial dan mereka akan twist benda tu,” katanya.

Shuk berkata demikian menerusi sesi podcast bersama OKLETSGO di YouTube.

Terdahulu, nama Fara hangat menjadi buah mulut ramai apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Shuk bersama bekas isteri.

Sekadar info, Shuk sebelum ini berkahwin bersama Rossa Sera pada 2015 namun sah bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.

Artikel Berkaitan: Dakwa Rossa Sera ‘Kacau’ Urusannya, Status Fara Salleh & Shuk Sahar Pula Jadi Persoalan – “Nak Ganggu, Kau Tunggu Aku Cerai Ok?”

Artikel Berkaitan: “Kaki Batu, Penagih! Lega Dapat Pukul Aku?” – Tangan Berdarah, Fara Salleh Dakwa Dibelasah Berkali-Kali?

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Hafidz Roshdi Bagi Nafkah RM100 Pada Anak-Anak, Komen Shuk Sahar Pula Curi Perhatian! – “Mungkin Dia Tengah…”

Aqilah Paharuzi