Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Achey & Fad Kembali Hidupkan Bocey – “Selepas Arwah Tiada Saya Dan Fad Tiada Show Bersama”

Umum mengetahui kumpulan pelawak Bocey kini hanya tinggal dua ahli anggota sahaja iaitu Fad dan juga Achey selepas pemergian Allahyarham Abam.

Sebelum ini, Fad dan Achey memaklumkan mereka akan meneruskan legasi Bocey biarpun kehilangan Abam yang meninggal dunia pada 2020.

Terbaharu, Achey menerusi sebuah perkongsian di Instagram memaklumkan Bocey kini kembali aktif biarpun bukan di kaca televisyen.

Malah, mereka juga tiada jemputan persembahan bersama selepas ketiadaan Abam.

“Alhamdulillah Bocey kembali walaupun bukan di stesen TV. Selepas arwah tiada, saya dan Fad tiada show bersama berdua,” kongsi Achey.

Dalam pada itu, Achey meluahkan raya syukur apabila banyak pihak yang mengundang mereka untuk sambutan majlis hari raya baru-baru ini.

“Dan raya tahun ini saksi untuk kami kembali, tiba-tiba ramai yang nak kami untuk majlis hari raya, terkejut juga.

“Mungkin kelibat kami ada mereka terlihat din sentiasa ada di platform media sosial kot. Alhamdulillah keduanya makin gila-gila, ye lah lama tak sepentas,” ujarnya.

Untuk info, Bocey mula membina karier dengan nama Bocik selepas menyertai rancangan realiti lawak Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013.

Bintang Mencari Bintang musim pertama turut mengangkat Achey sebagai Juara dan Bocik yang dianggotai Fad dan Abam ketika itu muncul sebagai Naib Juara.

Khairil Khusyairi