[VIDEO] Sporting Habis! Hael Husaini Berhenti Menyanyi Gara-Gara Menteri Ajak ‘Selfie’ – “Style Lah Boleh Lagi Stop Tengah Perform”

Siapa tidak mengenali penyanyi Hael Husaini yang mempunyai kemampuan vokal yang mantap menerusi lagu-lagu popularnya yang sentiasa menarik perhatian pendengar.

Hael yang sering menerima undangan nyanyian di pelbagai majlis dan acara sentiasa menyajikan persembahan yang baik serta menghiburkan kepada tetamu.

Terbaharu, Hael sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil membuat persembahan di sebuah majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik Hael di TikTok, dia sedang mempersembahkan lagu rayanya berjudul Bersyukur Seadanya.

Namun ketika menyanyikan lagu tersebut, Hael tiba-tiba didatangi Menteri Komunikasi & Digital (KKD) Fahmi Fadzil dan ibunya untuk berselfie bersama.

Lebih lucu, Hael turut menghentikan seketika nyanyiannya semata-mata untuk bergambar bersama mereka.

“Bila Menteri nak selfie, kita stop show jap,” tulis Hael.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian Hael tersebut, malah ramai menyifatkan Hael seorang yang profesional.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Hael tersebut telah meraih lebih 217,000 tontonan dan 23,100 tanda suka sejak dimuat naik.

Khairil Khusyairi