[VIDEO] Dikritik Selepas Tampil Seksi Berskirt Pendek, Netizen Dakwa Eyka Farhana Tak Selesa: – “Tangan Asyik Cover Dada”

Pelakon, Eyka Farhana sekali lagi menjadi tumpuan apabila tampil seksi dalam muat naik terbarunya di media sosial.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima kritikan netizen akibat penampilan seksinya ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Eyka tampil menggayakan busana biru berskirt pendek serta dipadankan dengan sut gelap.

Hantaran Eyka itu meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya mengatakan penampilan pelakon Melur Untuk Firdaus 2 itu terlalu seksi.

Malah, ada juga yang mendakwa Eyka tidak selesa menggayakan fesyen tersebut kerana sering dilihat menutupi dadanya dengan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik penampilan Eyka itu, malah ada yang juga menegur Eyka akan berpada-pada dalam berfesyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Eyka itu telah meraih lebih 5,200 tanda suka dan 80 komen.

Sebelum ini, nama Eyka juga sering terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dia terlalu seksi dalam berfesyen.

ARTIKEL BERKAITAN:  [VIDEO] Sweetnya! Sambut Birthday Bersama, Eyka Farhana Pesan Dekat Akhyar Rashid: “Be A Good Boy, Rotan Nanti”

Khairil Khusyairi