Categories: HiburanSelebriti

Lawak! Sharifah Sakinah Tiru Aksi Britney Spears Menari Pegang Pisau Guna Garfu

Pelakon Sharifah Sakinah tampil mengundang tawa dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya meniru aksi penyanyi antarabangsa, Britney Spears menari sambil memegang pisau.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sakinah telah meniru aksi tersebut dengan memegang garfu.

“When everybody wants to be Edna for Halloween. This year I wanna be Britney,” tulisnya.

Melihat gelagatnya yang spontan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang menghiburkan di ruangan komen.

Fatin Nurain