Categories: HiburanSelebriti

LAYAK KE, ALTIMET?

“Tak Boleh Buat Kerja Sibuk Jaga Hal Orang Lain,
Tangan Mengelat, Kaki Mengular, Mulut Celupar,
Lambat Masuk, Awal Keluar,
Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas,
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas.”

“Ambil Baju Ukur Kat Badan Sendiri,
Baru Tahu Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi.”

Itu antara bait-bait lagu yang terdapat dalam lagu Amboi  nyanyian Altimet.  Adakah ini secara tidak langsung ditujukan kepada keyboard warrior yang mempertikaikan lagu tersebut ke pentas AJL32?

Kenapa?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Rupa-rupanya ramai yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi berjaya meloloskan diri dan berentap di pentas besar sebegitu. Malah, ada yang beranggapan bahawa lagu tersebut tidak layak untuk dipertaruhkan.

Bagi menyangkal segala spekulasi yang menganggap bahawa lagu Amboi ciptaannya sebagai tidak layak, ini antara serangan balas Altimet kepada keyboard Warrior merangkap haters nya.

Apa yang menariknya, Altimet turut menyeru kepada keyboard warrior ini agar menggunakan hashtaq #TakNakAmboi disetiap twitter mereka bagi menunjukkan tanda protes kenapa lagu tersebut layak ke AJL32.

Jangan cepat menuding jari ye para keyboard warrior semua. 

Untuk pengetahuan korang, lagu-lagu yang terpilih telah dinilai mengikut kreativiti komposer masing-masing dan bukan hanya pada berapa ramai  followers artis tersebut.  

 Bagi juri profesional mereka harus adil dalam memilih lagu yang layak ke AJL32. Dan, bagi mereka semestinya penyanyi yang baik dapat membawa lagu tersebut dengan baik . Tidak kiralah lagu tersebut bergenre balada ataupun rap.

So, apa kata kita hadam sama-sama lirik lagu Altimet ni!

Salma Syahbuddin