“Lebih Baik Jaga Mulut, Dari Terus Menyemai Dosa…” – Label Perceraian Nina & Noh Sebagai Trend Artis, Netizen Tegur Diva AA

Selepas berita perceraian Mizz Nina dan Noh Salleh mendapat liputan, pelbagai pihak nampaknya terkejut dan menyifatkan mungkin ini adalah dugaan buat pasangan selebriti ini.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, ciapan yang dikongsikan oleh pengacara popular, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi akaun Twitter miliknya.

“Kesian! Trend retisss! Whos next? Gituh puiiiii…” tulisnya.

Perkongsian itu nampaknya mengundang rasa kurang senang warganet terhadap pendapat Diva AA memandangkan kedua-dua pasangan selebriti ini bukanlah sejenis yang menggembar-gemburkan kisah rumah tangga mereka.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meminta agar Diva AA tidak menyibuk dalam urusan perceraian artis kerana statusnya yang masih ‘single’ bahkan, meminta agar selebriti itu mendoakan yang terbaik dan bukannya mengecam secara sarkastik dengan memuat naik kenyataan sebegitu.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina mengumumkan berita mengenai perceraian mereka menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram milik mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN:“Belajar Untuk Doakan Orang Lain” – Terima Lebih 30,000 Komen, Netizen Titip Kata Semangat Buat Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN:Sah Cerai! Noh Salleh Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Berpisah Dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Salleh Dan Mizz Nina Sah Bercerai?

ARTIKEL BERKAITAN:Mizz Nina Sedang Lalui Detik Sukar? – “Hanya Allah Yang Mengetahui Apa Yang Terbaik…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

Salma Syahbuddin