Categories: HiburanTrending

Legenda Bollywood Rishi Kapoor Meninggal Dunia Di Usia 67 Tahun

Semalam, Industri Bollywood dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal Irrfan Khan.

Baca berita berkaitan: Pelakon Filem The Amazing Spiderman, Irrfan Khan Disahkan Meninggal Dunia

Hari ini, industri hiburan Bollywood sekali lagi kehilangan sebuah permata bernilai apabila pelakon lagenda Bollywood terkenal Rishi Kapoor dilaporkan meninggal dunia, di sebuah hospital di Mumbai, pagi semalam.

Meninggal dunia akibat kanser

Pelakon yang terkenal dengan filem Bobby suatu ketika dahulu dilaporkan telah lama bertarung dengan penyakit kanser. Beliau dibawa ke hospital oleh ahli keluarga selepas keadaan kesihatannya semakin terjejas.

Februari lalu, beliau pernah dimasukkan ke hospital akibat demam viral, beliau juga pernah menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat selama setahun.

Rishi Kapoor bersama anaknya, Ranbir Kapoor

Pelakon yang juga ayah kepada aktor terkenal, Ranbir Kapoor pernah membintangi filem Bollywood terkemuka seperti Meera Nam Joker, Nagina, Sargam, Fanaa dan lain-lain.

Rest in peace, Rishi Kapoor.

Sumber: Hindustan Times

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”