Categories: OMG

Wanita Disangka Mati Akibat Covid-19 Hidup Semula

Pelik tetapi perkara ini benar-benar terjadi. Seorang wanita di Ecuador yang telah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 hidup semula!

Walapun berita ini mengejutkan semua orang, namun kejadian ini melegakan ahli keluarganya yang sebelum ini “membawa pulang” jenazah wanita itu.

Wanita yang dikenali dengan nama Albar Maruri itu dikejarkan ke hospital pada 27 Mac lalu akibat demam panas dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas dimasukkan ke hospital, Albar tidak sedarkan diri selama 3 minggu.

Menurut sebuah portal antarabangsa, sewaktu keluarga Albar hendak menuntut mayat Albar, mereka tidak dibenarkan untuk mendekati mayat tersebut.

Salah ambil mayat

Anak saudara Albar, Jaime Morla, menyatakan bahawa dia menganggap mayat itu adalah ibu saudaranya dan terus memaklumkan kepada pihak hospital kerana terlalu takut untuk melihat wajahnya ibu saudaranya.

“Saya berada kira-kira 1.5 meter daripada mayat itu. Dia mempunyai rambut, kulit yang sama. Dia juga mengalami luka seperti yang sama seperti ibu saudara saya,” cerita Morla.

Jenazah tersebut telah dibawa pulang dan dibakar. Namun apa yang mengejutkan,selepas beberapa hari pihak hospital telah menghubungi keluarga Albar dan memaklumkan bahawa Albar sudah sedar dan belum mati!

Jadi mayat siapa yang mereka bakar?

Sehingga hari ini mereka masih belum tahu mayat siapa yang mereka bakar. Keluarga Albar juga telah menuntut kos pembakaran mayat kepada pihak hospital di atas kesilapan mereka.

Di negara Ecuador, terdapat 22,000 kes positif COVID-19, dengan 576 daripadanya telah dilaporkan meninggal dunia.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover