Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan, Percaya Doa Boleh Merawat Luka – “ Ingatlah Bahawa Tiada Apa Yang Kekal”

Selepas ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Zarina Astillah menitipkan pesanan buat anaknya susulan konflik rumah tangganya tular, kali ini giliran ibu kepada Aliff Aziz pula tampil memberikan sokongan terhadap anaknya.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Hafiza Basharahil berkata, setiap ujian yang diterima tidak akan membuat  anaknya itu berputus asa sebaliknya percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya.

“Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila kehidupan menjadi lebih sukar, ingatlah bahawa tiada yang kekal,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiza percaya doa adalah jalan terbaik bagi merawat segala perkara yang dihadapi anaknya pada ketika ini.

“Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.

“Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya,” ulasnya.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin