Diana Rafar Beri Amaran, Minta Zamarul Hisham Jangan Cuba Cari Chemistry Dengan Pelakon Lain – “Shooting, Shooting Juga…”

Susulan wujudnya pihak ketiga dalam rumah tangga pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz, pelakon Diana Rafar menitipkan pesanan kepada suaminya yang juga seorang pelakon versatile, Zamarul Hisham.

Kata Diana, dia tidak kisah jika suaminya itu keluar untuk menjalani penggambaran, namun dia tidak mahu jika Zamarul cuba untuk mencari ‘chemistry’ dengan pelakon lain secara melebih-lebih.

“Shooting shooting juga, Papa jangan berani pula nak cari chemistry dengan orang sampai melebih-lebih tolong orang lain,” katanya.

Perkara itu dikongsi Diana menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Jumaat.

 

Terdahulu, isu ini timbul selepas tularnya kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Difahamkan, kedua-dua pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran bersama bagi sebuah drama terbaharu mereka.

Salma Syahbuddin