Zarina Anjoulie Mengaku Pernah Dicurangi, Perjelas Muat Naik Video Tak Ada Kaitan Dengan Isu Bella Astillah

Pelakon Zarina Anjoulie tampil menegaskan, hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya tidak ada kena mengena dengan isu rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Menurut Zarina atau lebih mesra dengan pangilan Anju, dia sekadar berkongsi video tersebut memandangkan dia juga pernah mengalami situasi serupa.

 

Malah,  Anju menegaskan adalah lebih baik dia memikirkan masalahnya sendiri daripada menjaga ‘tepi kain orang’.

“Pada video last yang saya muat naik tadi, tak ada kena mengena dengan kes Bella. Aku ni tak ada boyfriend yang aku ke? Hello? Aku pin tengah disakiti dan video tu adalah pasal aku.

“I am minding my own business and this is my page i am talking about myself… tapi ada yang ingat saya sibuk pasal kes Bella. I am going through sometjing myself okay.

“Banyak lagi benda aku nak fikir dari sibuk hal orang. I have my own life too. Bukan Bella seorang sahaja kena curang, ramai lagi orang yang kena curang and sadly i am one of it,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan komentar yang dikongsikan Anju sekaligus berharap agar semua individu sedar bahawa menyanyangi diri sendiri seharusnya menjadi keutamaan.

Salma Syahbuddin