Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Pelakon Abby Abadi sekali lagi tampil mendedahkan kepada umum mengenai pernikahannya anaknya di Songkhla, Thailand.

Katanya menerusi temu bual bersama program popular, Marissa dan Aslam telah pun bernikah seperti yang tular, namun pengesahan perkahwinan mereka masih belum didaftarkan di Malaysia.

“Saya akui Marissa dan Aslam bernikah di Thailand. Sijil perkahwinan mereka ada pada saya.

“Cuma, saya mahu mereka berdua selesaikan isu ni dan daftar perkahwinan mereka di Malaysia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Dia Tak Nampak Benda Tu Salah Sebab Ada Contoh Depan Mata” – Abby Abadi Masih Tunggu Kesahihan Status Perkahwinan Marissa Dania

Mengulas lanjut mengenai kronologi insiden yang berlaku, Abby memaklumkan perkara itu diketahui sebaik sahaja melihat bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Melalui rakaman CCTV, saya hairan apabila kawan Marissa keluar daripada rumah saya dan pada hari yang sama mereka bernikah.

“Tapi saya tahu sudah lambat. Benda ni pun dapat kesan dengan bantuan rakan polis. Malah saya telefon anak tapi tidak dapat mungkin kerana telefon bimbit ditutup.

“Tapi kalau anak saya memilih untuk hidup bermadu, silakan,” ulasnya.

 

 

Salma Syahbuddin