“Lelaki Baik Macam Mana Pun, Ego Tetap Tinggi… Starlight Kepala Tu Kang!” – Netizen Bengang Watak Adam Dalam #RisikPadaHati, Kesian Kat Hayfa!

Drama rantaian #RisikPadaHati yang ditayangkan di TV3 kali ini nampaknya berjaya mencuri perhatian penonton apabila tampil membawakan kisah realiti kehidupan masa kini.

Selepas Adam lakonan Alif Satar menjatuhkan talak satu buat Hayfa (Ummi Nazeera) dalam episod pada malam tadi, ramai penonton nampaknya kurang berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Adam.

Malah, menganggap Hayfa bertindak sedemikian disebabkan kelakuan Adam yang dilihat ‘bias’ terhadap isterinya itu.

Bukan itu sahaja, drama yang mengisahkan tentang isu poligami ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan hubungan suami isteri dan kehadiran zuriat dalam kehidupan berumah tangga.

Justeru itu, terdapat segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan tindakan Adam menerusi drama berkenaan sehingga ada yang  menganggap beliau sebagai lelaki pengecut kerana tidak berjaya mempertahankan rumah tangga dan menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isteri pertamanya itu.

 

Bagaimanapun, berdasarkan komen yang ditinggalkan penonton, lakonan ketiga-tiga pelakon utama dalam drama ini turut dipuji  kerana berjaya membawa mereka menghayati setiap watak sehingga dapat merasai kesedihan yang ditunjukkan oleh para pelakon drama tersebut.

Salma Syahbuddin