Lengkap Satu Keluarga, Ayda Jebat Akhirnya Kongsi Wajah Anak Kedua

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akhirnya berkongsi wajah cahaya mata keduanya iaitu Aali Mateen kepada umum.

Menerusi hantarannya di Instagram, Ayda turut melakukan sesi bergambar bersama keluarganya untuk merakam momen tersebut.

Menurutnya, ini merupakan gambar lengkap mereka sebagai satu keluarga buat pertama kali dengan kapsyen ‘Us’.

Di dalam hantaran tersebut, beberapa foto memperlihatkan wajah Aali Mateen sedang tersenyum dan bergaya mengenakan cermin mata.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati ini sempat bertanyakan wajah anaknya sama ada mengikut kepada wajahnya atau suaminya, Nabil Mahir.

“Jadi Aali Mateen muka Dadaa or Mommy?,” ujarnya.

Untuk rekod, Ayda dan suami, Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Jan 2021 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 2, dan Aali Mateen yang baru dilahirkan pada 12 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Maya Basir