Categories: SelebritiTrending

“Fikiran Saya Kosong” – Selamat Dikebumikan, Khai Bahar Masih Terkejut Ibu Dah Tiada… Terkilan Tak Dapat Tatap Wajah Kali Terakhir

Umum mengetahui ibu kepada penyanyi Khai Bahar telah meninggal dunia pada malam Selasa di Perlis.

Artikel Berkaitan: Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Khai akui berasa terkilan kerana tidak dapat menatap wajah ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, buat kali terakhir.

Jelasnya, ketika mendapat perkhabaran duka tersebut dia berada di Langkawi.

“Saya dan beberapa rakan pergi ke Langkawi. Sejurus dapat berita pemergian emak, saya terus cari bot balik ke Perlis.

“Atas pertolongan rakan, saya berjaya dapatkan bot dan tiba di rumah di Kangar, kira-kira jam 2 pagi tadi,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Khai turut berasa terkejut selain fikirannya menjadi kosong apabila dimaklumkan bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah.

“Fikiran saya kosong. Tiada apa yang boleh saya katakan lagi. Saya masih terkejut dengan pemergian emak,” katanya.

Untuk makluman, Allahyarham Rosnah baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 pada 25 Disember lalu.

Sebelum ini, ibu Khai didiagnos menghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.

Dalam pada itu, jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar, pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: Kongsi Keadaan Terkini, Khai Bahar Sedih Ibu Jadi Pelupa Akibat Sakit – “Rindu Mak Yang Dulu, Berat Nak Terima Tapi…”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari