Lepas Artis, Anak Artis Pula Jadi Mangsa Kutukan Netizen

Dahulu, Nana Mahazan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila anaknya Althea Raqeem Brian yang baru sahaja berumur 9 tahun menjadi mangsa komen negatif  dan hinaan dari netizen. Kini, anak tunggal bekas pasangan popular, Nurul Wahab dan  Ajai, Ayu Nazirah pula menjadi mangsa ‘body shaming‘. 

Ayu yang kini berumur 21 tahun  dikutuk oleh netizen kerana bentuk tubuh nya yang dikatakan gemuk. (Mungkin netizen yang mengutuk tu tak tau perkataan seperti curvy and voluptuous kot?). Ayu kemudiannya telah menyelar netizen-netizen yang menghina bentuk badannya dengan entri yang dimuat naik dalam instagramnya.

 

 

“Saya hanya mampu tertawa kerana saya tidak sangka berat badan dan bentuk tubuh saya boleh menjadi satu isu kamu. Saya tidak mengenali kamu dan begitu juga sebaliknya. Tambahan, kamu mungkin tidak tahu yang saya berhempas pulas di gim setiap hari. Progres mengambil masa jadi tataplah puas-puas badan gemuk saya ini kerana kamu akan merinduinya tidak lama lagi” sindir Ayu. 

 

Antara kata-kata semangat dari netizen buat Ayu.

 

Bukan nak kata, tapi masyarakat kita sentiasa mengaitkan imej wanita kurus, dan putih tu lah yang cantik (sebab tu pasaran kita dipenuhi dengan krim pemutih, pil kurus dan sebagainya!) jadi apabila seseorang tu gempal sedikit, atau berkulit gelap, terus dilabel ‘hodoh’. Cantik tu kan subjektif. Tak perlulah sampai menghina orang yang kita tak kenal pun ‘personally’ kerana komen-komen negatif berunsur penghinaan tu bukan sahaja tak baik, malah boleh menyebabkan depresi dan kemurungan kalau orang yang dihina itu tak sepositif Ayu. 

Del14