Aiman Tino Tawar Wang Tunai Kepada Pencuri?

Kasihan Aiman Tino apabila dia tidak terfikir pun bahawa keretanya Perodua Myvi miliknya akan dipecah dan barang-barang berharganya di bawa lari oleh pencuri hanya kerana dia singgah sebentar untuk makan malam bersama pembantu peribadinya di Subang Jaya.

 

Antara barang-barang berharga milik Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Bin Yusri yang di curi Jumaat lalu

Penyanyi yang popular dengan lagu “Ku Rela Di benci” itu baru sahaja pulang dari menaiki cruise di Singapura dan telah meninggalkan bagnya yang berisi kamera SLR, laptop, GoPro yang baru di beli juga kad pengenalan dan passportnya di dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta  sebelum singgah sebentar untuk makan di kedai berhampiran.

“Assalamualaikum. Kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ni, tolong! Lepaskan barang-barang saya tu pada saya. Saya perlukan. Saya akan bayar awak.  Please DM saya secara peribadi. Saya akan jaga Aib awak. Saya janji. Tolong”

Tingkap belakang perodua Myvi Aiman Tino yang dipecahkan.

 

Apa-apa pun lepas ni berhati-hati ya dik? Harap-harap orang yang mengambil barang-barang Aiman ini tergerak hati untuk pulangkan balik. Yelah, dalam tu ada gambar-gambar dan video kenangan Aiman di cruise tersebut yang ingin dimemorikan di dalam laman Youtube nya. 

Del14