Sarah Hildebrand Dah Jumpa Pengganti?

Setelah hubungan cintanya dengan pengacara, Nabil Mahir putus selepas 5  tahun menyulam cinta, kini hati Sarah Hildebrand (28) telah di’curi’ oleh seorang artis studio berketurunan Amerika-Filipino bernama Otto Gillen. Terbaru, pelakon yang makin dikenali melalui drama Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah berkongsi gambar Otto dan dirinya dengan kapsyen “The best thing I did was take a chance on you”. (Benda terbaik saya lakukan adalah memberi kamu peluang)

 

Perkenalan antara Sarah dan Otto bukan lah baharu. Mereka sebenarnya teman lama yang terpisah sejak di sekolah tinggi dan bertemu semula semasa Sarah pergi melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat sambil mengambil masa menenangkan diri selepas putus cinta awal tahun ini. 

Otto merupakan seorang artis yang berbakat dalam melukis dan membuat mural. Dia juga pernah melukis gambar wanita pujaan hatinya itu dan telah dikongsi oleh Sarah di laman instagramnya. 

 

Mungkinkah perhubungan ini bakal bertahan sehingga ke jinjang pelamin? Hanya Sarah dan Otto sahaja yang tahu. Apa pun mereka kelihatan sangat serasi dan seronok berkawan bersama. 

 

Bekas teman lelakinya, Nabil Mahir kini dikatakan rapat dengan pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat selepas mereka saling berbalas komen yang membuat netizen menganggap mereka sedang di lamun cinta.

 

Baca: https://www.xtra.com.my/9x/category/featured/posts/nabil-mahir-ayda-jebat-makin-berani

Del14