Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memberi bayangan bahawa suaminya bakal merakamkan lagu nasyid tak lama lagi.

Menerusi laman Instagram wanita itu, pasangan popular ini telah bertemu dengan komposer Hafiz Hamidun untuk sesi perbincangan.

“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

“Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tanya Shahida di laman Instagramnya.

Pada masa ini, single Bobo Di Mana nyanyian Aliff, Nur Sajat dan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna turut mengundang kritikan hebat. 

Rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan gandingan tiga individu berpengaruh itu. 

Namun dalam masa sama, ramai pula yang bersetuju dengan idea Shahida setakat ini. Korang setuju tak? 

SGMS Faida