Lepas Buka Pasaraya, Rosyam Nor Keluar Produk Jus Belanda

Bukan sahaja memiliki rangkaian pasaraya berjenama ST Rosyam, pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor kini mengeluarkan jenama produk Adraa iaitu produk jus belanda.

Menurut beliau produk Adraa ini merupakan hadiah buat para peminat yang sekian lama menyokong kariernya.

“ Dengan kasih sayang dan sokongan peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia,” katanya kepada xtra.com ketika ditemui di majlis pelancaran produk Adraa di Royale Chulan Damansara, semalam.

Menjawab kepada soalan sama ada jus belanda yang dijual ini mampu merawat penyakit kanser di mana ada diantara jurujual produk yang sama menggunakan pendekatan terbabit.

“ Jangan salah faham, Adraa bukan produk antikanser. Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan anti kanser. 

“ Pengeluar produk tidak boleh mendakwa produk berasaskan durian belanda adalah antikanser kerana tiada penyelidikan saintifik telah dilakukan.

“Produk saya hanya merupakan pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna,” tegasnya.

Sebelum ini,  pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Dr Amalina Bakri tampil membuat kenyataan menafikan dakwaan kebanyakan rakyat Malaysia yang mengatakan jus durian belanda mampu merawat kanser.

SGMS Faida