Lia Aziz ‘Kucu Kuca’ Selamat Bernikah, Kini Bergelar Isteri Gitaris Treehill

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca, Lia Aziz, 19, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Arash Azimi Anuar, 24.

Dengan hanya satu lafaz, pemilik nama sebenar Nor Alia Farzana Abdul Aziz ini diinikahkan dengan Arash yang merupakan pemain gitar kumpulan Treehill di Masjid Al Amin, pada jam 9 pagi tadi.

Lia dan Arash telah mengenali hati budi masing-masing selama lebih dua tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman sama.

Sebelum ini, mereka telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Januari lalu dan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas persetujuan kedua belah keluarga.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka pada malam ini dan ia akan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan dan tertutup di Petaling Jaya berikutan prosedur yang ditetapkan dalam langkah berwaspada mengikut bilangan jemputan yang sangat terhad.

Kredit Gambar: @terrirosa

Padin